Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua operasi ketenteraan Salah al-Din memaklumkan ketua kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), Abu Bakar al-Baghdadi yang digelar anggotanya sebagai Amirul Mukminin telah melarikan diri dari Salah al-Din ke arah Nineveh.
Berasaskan laporan Al-Yaum Thamin Iraq, ketua operasi di Salah al-Din berkata, "Dari sana, Abu Bakar al-Baghdadi bersama sejumlah besar anggotanya telah melarikan diri ke Mosul setleah Tikrit di kawal penuh oleh askar kerajaan."
Selain itu sebuah gereja Kirkuk, Utara Baghdad mengadakan bacaan doa untuk pembebasan dua orang pendita Kristian yang diculik di Mosul.
Kedua-dua pendita ini telah diculik pada hari Ahad lalu dalam satu siri keganasan ISIL.
Pendita Tinggi, Utara Kirkuk dan Sulaimaniyah, Yusuf Tuma berkata, "Hari ini mengadakan bacaan doa khusus untuk pembebasan dan keselamatan dua pendita yang telah diculik di Mosul, kami berharap kedua-dua mereka bebas secepat mungkin, begitu juga keamanan dan kesejahteraan di seluruh negara dapat dikembalikan".
Sebelum ini pengganas ISIL telah menculik beberapa orang rahib Kristian di Maloula dan memindahkan mereka ke Biroud, Rif Dimasq. Setelah hampir dua bulan akhirnya para rahib tersebut dibebaskan.
1 Julai 2014 - 22:09
News ID: 620670
Abu Bakar al-Baghdadi bersama sejumlah anggota militan ISIL melarikan diri dari Salah al-Din setelah askar kerajaan berjaya membebaskan Tikrit dari cengkaman terrorist.